Kepada cintaku yang paling dihargai,
Masih ingat karanganmu yang diberi? Tajuknya "Perempuan memang begini".
Dalam karangan berikut terdapat sebahagian sebegini:
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Aku dah jawabmu dengan perasaan sebagai seorang lelaki, ada tak kamu baca dan faham jawapanku dengan teliti?
Andai hubungan itu tanggungjawab bersama-sama, lelaki setuju apabila perempuan menjadi degil sebab nak menguji kesabaran lelaki, tetapi risaunya para perempuan tak tahu mana nak berhenti.. Dan bodohnya lelaki mu tidak jumpa jalan untuk melembutkan hati, akhirnya "Ego" kedua2 pihak menang, satu hubungan sepanjang hayatnya rugi!!
Andai hubungan itu tanggungjawab bersama-sama, lelaki itu biasanya hati lurus / otaknya bodoh! Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, Lelaki biasanya anggapkan menyuruhnya pergi selama-lama. Bagi tahu lelaki mu, anda perlu sedikit masa bertenangan dan bagi satu tarikh yang tentu untuk membuat keputusan. Risaunya apabila perempuan balik mencari lelaki anda semula. Lelaki anda sudah dapat perempuan baru jikalau tak buat sedemikian!
Sekarang aku memang tak jumpa jalan yang boleh melembutkan hatimu dan tiap-tiap hari tindaklakumu "Tinggalkan aku" yang menyakitkan hati!
Aku dah letih & tak tahu apa yang patut dilakukan lagi. Aku risau kehilangan kesabaran untuk mencuba akhirnya "ego kedua-dua pihak menang, dan satu hubungan sepanjang hayatnya rugi!"
Walaupun mungkin kita akan kesal suatu hari sebelum kita mati, tetapi tak boleh patahkan masa untuk bermula lagi.
Sila pegangkan aku dengan sekuat-kuat hati sebelum hatiku mati. Aku betul-betul tak jumpa jalan baru kecuali jalan mati. Janganlah kamu terus keraskan hati. Aku perlukan dorongan untuk mecuba lagi. Tanpa dorongan pastinya hubangan kita akan mati.
Maafkanlah aku lagi sekali.
No comments:
Post a Comment